KUALA LUMPUR, 18 Mac – Projek pembangunan MAJU KUALA LUMPUR bernilai RM2.5 billion yang terletak di Sungai Besi dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini.

MAJU KUALA LUMPUR dibangunkan oleh ASM Development (KL) Sdn Bhd, anak syarikat milik Maju Holdings Sdn Bhd.

Projek pembangunan sebanyak 4,200 unit dengan setiap unit memiliki 3 bilik tidur dalam 7 bangunan setinggi 29 tingkat.

Ia juga memiliki 9 tingkat komersial podium dengan keluasan lebih 2 juta kaki persegi yang mengandungi ruang perniagaan, komersil dan hiburan.

Setiap unit apartment turut dilengkapi dengan peralatan elektrik untuk keselesaan pembeli.

Turut disediakan kemudahan lain seperti sekolah, dewan konvensyen dan masjid.

Maju Holdings Sdn Bhd turut menyediakan skim baharu dan inovatif untuk pembeli rumah bagi projek ini.

Skim ini membolehkan pembeli diberi masa yang fleksibel dan pembiayaan mudah untuk memiliki rumah khususnya bagi golongan muda.

Anggaran harga setiap unit RM590,000 dengan 882 kaki persegi, menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY