KUCHING 25 April – Penamaan Calon Bermula….. Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka 9 pagi ini.

Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.

Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu. – Sharini Abdulah, Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY