KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Bakal Terima….. Atlet negara yang merangkul pingat emas temasya Sukan Olimpik bakal menerima sebuah kereta PROTON Perdana 2.0 baharu sebagai ganjaran.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, dalam satu kenyataan berkata, pemenang pingat perak akan menerima sebuah PROTON Subprima S manakala atlet yang menyumbang pingat gangsa membawa pulang sebuah PROTON Iriz.

“DRB-HICOM dan PROTON mengucapkan selamat berjuang kepada atlet tanah air yang masih meneruskan misi di Olimpik di Rio,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY