PETALING JAYA, 14 Jan – Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mungkin perlu menaikkan harga keretanya selepas Tahun Baharu Cina pada Februari ini memandangkan kos mengimport komponen meningkat disebabkan penyusutan ringgit.

“Ringgit kini lebih rendah berbanding setahun lalu, yang mempengaruhi harga komponen import kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Harith Abdullah hari ini.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.3930/4000 berbanding
dolar AS, jauh berbeza daripada paras 3.57 semasa didagangkan pada masa yang
sama tahun lepas.

Harith berkata Proton berusaha sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga
sehingga Tahun Baharu Cina bagi membolehkan pelanggannya menikmati kereta baharu
pada harga semasa.

Menurut Proton, 20 hingga 30 peratus daripada komponen dalam kenderaannya
diimport. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY