KUALA LUMPUR, 4 Jan – SEMAKIN DEKAT….. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika diwawancara Datuk Aznil Nawawi menerusi program ‘Bicara 4 Mata’ .

“Dah dekatlah, semakin dekat,” katanya secara ringkas ketika ditanya sama ada pilihan raya semakin dekat.

Mengulas masa depan negara, Najib optimis mengenainya kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan keadaan semasa dan masa depan rakyat serta negara.

Katanya, kerajaan tidak sanggup mengorbankan masa depan negara menerusi langkah populis.

“Itu bukan kerajaan kita. Kerajaan kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab, yang memikir kehendak dan keperluan rakyat hari ini dan juga akan menjamin masa depan yang lebih baik lagi, Insya-Allah,” katanya. – WD MY