PRU 14: DEBARAN UNTUK PENGUMUMAN MANIFESTO BN

PRU 14: DEBARAN UNTUK PENGUMUMAN MANIFESTO BN

737
0

PEKAN 2 April – MANIFESTO…Pada Sabtu ini, Manifesto Barisan Nasional bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menandakan Pilihan Raya Umum semakin hampir. Pengumuman manifesto akan diadakan di Axiata, Bukit Jalil.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri, rakyat kini boleh bersedia sepenuhnya untuk menyambut ‘perayaan’ tersebut.

“Semalam saya jumpa pelbagai kumpulan seperti orang muda Cina dan sebelah petang bertemu para pesilat dari seluruh negara.

Rabu ini saya jumpa dengan penjawat awam, selepas itu ke Miri, Sarawak.

“7 April ini insya-Allah pelancaran Manifesto BN, bererti bahawa dah dekat dah tu hendak ‘raya’. Kita sudah boleh pasang pelita raya, di luar bandar biasanya pasang pelita pada malam tujuh likur,” katanya.- MY WD