Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Berikut adalah kenyataan media rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi

KENYATAAN MEDIA 

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA HARI MENGUNDI

UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE -14

1) Berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) bahawa hari mengundi Pilihanraya Umum ke -14 ialah 9 Mei 2018, kerajaan telah menetapkan hari tersebut sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara. Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menjalankan tanggung jawab mereka sebagai pengundi.

2) Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta hari Kelepasan 1951 bagi semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan bagi tarikh tersebut mengikut Ordinan hari Kelepasan Am masing-masing.

PEJABAT PERDANA MENTERI

11 APRIL 2018