PETALING JAYA, 10 AprilĀ  – BUANG……. Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen lapan penggal di Parlimen Kepong digugurkan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tempat Seng Giaw diganti oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Sehubungan itu, katanya, Hannah Yeoh di Parlimen Segambut manakala Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok kekal di Parlimen Cheras, Bukit Bintang dan Seputeh.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena PRU-14 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. – WD MY