KOTA BELUD, MAC 12- PIHAK…Pihak berkuasa khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan keselamatan sentiasa terjamin semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan bila-bila masa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak keselamatan sentiasa bersiap siaga untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar.

“Daripada segi keselamatan menjelang PRU14, saya bersama-sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjamin dan membuat apa sahaja yang patut untuk memastikan rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Dengan adanya kerjasama daripada orang ramai, kita akan melalui pilihan raya dengan keadaan yang aman dan lancar di Sabah,”katanya pada sidang media selepas menyaksikan Demonstrasi Keupayaan ATM di Lapangan Udara Kota Belud, dekat semalam. – MY WD