KUALA LUMPUR, OKTOBER 4: PENCETUS Ummah, Amin, menerusi posting di Instagramnya mengajak golongan homoseksual untuk mengerjakan ibadah umrah.

Dalam perkhabaran itu, PU Amin turut memaklumkan segala persiapan kelengkapan umrah akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penganjur.

Pun begitu, ia adalah terhad pada 20 orang sahaja. Bahkan, meletakkan syarat bagi golongan minoriti yang benar-benar mahu pergi menunaikan ibadah tersebut.

“Alhamdulillah bukan sekadar plan tapi bajet, hotel, flight semua dah setup. Tinggal nak cari orang sahaja. Jangan malu malu, pada Lesbian, Gay, Pondan, Mak Nyah, Pengkid, DM sahaja saya.