“Puas Hati Atau Tidak Bukan Hak Saya” – Timbalan Perdana Menteri

0
136
KUNMING (Wilayah Yunnan, China), 15 Jan – Terpulanglah……..

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata., “Puas hati atau tidak itu bukan hak saya, tapi hak rakyat Malaysia selepas membaca laporan daripada pihak media.”

Reaksi berkenaan oleh Timbalan Perdana Menteri semasa ditanya jika beliau berpuas hati dengan lawatan kerja enam hari ke China, yang akan berakhir hari ini.
Jika lawatan kerja keluar negara berkaitan usaha membawa pelaburan ke dalam negara, keberkesanan atau kepuasan hati mungkin boleh disimpulkan menerusi angka-angka pelaburan, namun jika dari segi keselamatan, perkara itu agak sukar untuk dinilai.

Ahmad Zahid mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan beberapa pemimpin di sana dan diikuti dengan perjumpaan serta lawatan berbentuk pengendalian di Kunming, Wilayah Yunnan, China.
Selain Guo, turut ditemuinya semasa di Beijing adalah setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu serta presiden Interpol Meng Hongwei, manakala di Kunming selain mengadakan pertemuan dengan Gabenor Wilayah Yunnan, Ruan Chengfa, dan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Awam China, Guo Bao, beliau turut melawat Kolej Polis Yunnan.
Hampir setiap perbincangannya dengan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan China akan disusuli dengan perjumpaan dengan media Malaysia, bagi membolehkan beliau memaklumkan perkembangan, atau apa-apa kesimpulan yang disepakati dalam perbincangannya untuk makluman umum.

Manakala dari segi ekonomi, Ahmad Zahid turut menyentuh isu berkaitan potensi untuk
sektor pengiktirafan barangan halal di China, terutama di wilayah Yunnan ini,
yang menurutnya berpotensi besar untuk diterokai oleh pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).
 Menerusi pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dari Yunnan juga, beliau yang
mengenal pasti beberapa masalah usahawan dari wilayah itu untuk membawa masuk
barang dagangan mereka ke dalam negara ekoran Malaysia-China belum
menandatangani sebarang perjanjian FTA; dengan pantas memberitahu bahawa pihak
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia akan mengambil
inisiatif bagi menanganinya.
Dari sudut pelancongan, beliau berusaha gigih untuk mendapat maklum balas
dari pihak China, untuk melihat apa lagi yang boleh dilakukan bagi memudahkan
kehadiran pelancong dari negara Tembok Besar itu ke dalam negara.
Maklum balas yang diperoleh cukup memberangsangkan, apabila angka-angka yang
diperolehnya menunjukkan jumlah kemasukan pelancong dari China dilihat melonjak
dengan ketara sejak beberapa inisiatif seperti kemudahan pengecualian
visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) diperkenalkan
hampir setahun lalu.

Pada majlis makan malam di hujung lawatannya, Ahmad Zahid tidak lupa
menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di China untuk mengenepikan sebarang
perbezaan, dan sama-sama memikul tanggungjawab menjadi ‘duta’ negara, bergerak
maju seiring dengan kepesatan pembangunan China, demi negara.

Dari sudut keselamatan; menerusi beberapa kenyataannya, Timbalan Perdana
Menteri dilihat jelas mengagumi beberapa kejayaan China dalam menjaga
keselamatan dan ketenteraman awam, dan menurutnya ia boleh dikongsi dan
diteladani Malaysia.
Katanya China turut menghadapi beberapa isu keselamatan yang hampir sama
dengan China, seperti gejala penyalahgunaan dadah, isu-isu keganasan dan juga
usaha menurunkan kadar jenayah.
Beliau yang menyambut baik kesanggupan China untuk berkongsi pengalaman dan
melakukan pemindahan teknologi dalam usaha-usaha mengawal keselamatan terutama
di sempadan negara, menetapkan akan menghantar sekumpulan pegawai dari Majlis
Keselamatan Negara untuk menjalani latihan di China.
Menurutnya pegawai ini akan meninjau tatacara prosedur operasi standard
(SOP) pihak berkuasa China dalam mengawasi sempadan negaranya, dan akan membuat
laporan serta cadangan mengenai SOP atau sistem yang boleh diguna pakai untuk
memantapkan kawalan sempadan negara.  – WD MY