GEORGETOWN, 2 April – Banjir…… Akibat hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Kawasan terbabit ialah, Lorong Batu Lanchang; Jalan P Ramlee; Sungai Pinang; Jalan Taman Free School; Jalan Bukit Relau; Sungai Ara; Paya Terubong; Greenlane; Jalan Masjid Negeri; Sungai Nibong; Bukit Jambul dan Farlim.

Hujan yang berlarutan sejak dua jam itu turut menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air setinggi kira-kira 0.3 meter, kira-kira jam 8 malam tadi.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat terbabit.

Banjir itu yang pertama tahun ini, turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Di Jalan P Ramlee, mendapati paras air masih naik setinggi antara 0.3 hingga 0.5 meter sehingga menenggelamkan beberapa buah rumah di kawasan sekitarnya.

Paras air di jalan P Ramlee makin meningkat dan arusnya juga agak deras.

Penduduk kawasan ini terperangkap dan tidak dapat keluar kerana kenderaan ringan tidak dapat melaluinya, – WD MY