KUALA LUMPUR, 6 Nov – Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) melantik
Datuk Syed Hisham Syed Wazir sebagai pengarah urusannya berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia PNHB berkata, sebelum menyertai
syarikat itu, Syed Hisham merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan UMW Holdings Bhd dari Oktober 2010 hingga September 2015.

Sementara itu, Tan Sri Rozali Ismail dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif
daripada jawatan Pengerusi.

“Kami juga mengumumkan peletakan jawatan Datuk Syed Danial Syed Ariffin
sebagai pengarah PNHB kerana beliau ketika ini merupakan pengarah di syarikat
milik penuh syarikat, Puncak Niaga Construction Sdn Bhd,” kata PNHB. – Sharini Abdulah(WD MY)

LEAVE A REPLY