KUALA LUMPUR, OGOS 6: Harga minyak sawit dijangka berada pada purata RM2,410 satu tan pada 2018, menurut unjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Ia kira-kira 14 peratus lebih rendah berbanding purata tahun lalu, demikian menurut data Thomson Reuters Eikon.

Harga minyak sawit memulakan 2018 pada paras di atas RM2,500 satu tan, namun kemudiannya terus merosot.

Penanda aras harga komoditi itu ditutup pada RM2,196 satu tan Jumaat lalu.

MPIC juga mengunjurkan output sawit Malaysia, yang juga pengeluar kedua terbesar dunia, pada 20.3 juta tan tahun ini, melebihi 19.92 juta tan tahun lalu berikutan penghasilan yang lebih baik.

“Untuk separuh kedua 2018, pengeluaran sawit dijangka lebih tinggi, disumbangkan oleh bulan-bulan kemuncak pada Oktober dan November,” kata MPOC dalam satu pembentangan pada satu persidangan.

Eksport tahun ini diunjurkan mencecah 17.65 juta tan, meningkat daripada 16.56 juta tan pada 2017, membolehkan stok berjumlah 2.8 juta tan pada akhir tahun.

Ia paras tertinggi Disember sejak sekurang-kurangnya tahun 2000.-MY WD