SUNGAI BULOH, 9 Mei – Komunikasi Satelit…..Pusat Komunikasi Satelit (PKS) bagi memantau dan mengawal jalur lebar komunikasi satelit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilancarkan di Kem Paya Jaras di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, sebagai sebahagian daripada pelan Dimensi Keempat ATM.

Zulkifeli berkata, kewujudan PKS pertama di negara ini membantu ATM melancarkan perjalanan operasi menggunakan transponder X-Band yang berupaya menerima dan menghantar imej atau video dengan lebih berkesan.

“Perolehan komunikasi satelit membantu meningkatkan keupayaan jalur lebar yang lebih canggih dan bertaraf dunia dengan kos penggunaan minimum,” katanya pada sidang media hari ini, – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY