LOS ANGELES, 9 Nov – Ditutup…… Pusat mengundi di California terpaksa ditutup hari ini selepas seorang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di kawasan berhampiran, lapor media dan pihak berkuasa.
Kejadian tembakan itu berlaku awal petang di bandar Azusa, 40 kilometer di timur Los Angeles, kata jurucakap Jabatan Bomba Daerah Los Angeles, Vanessa Lozano.
Beliau berkata, tiga orang dibawa ke hospital dengan kesan tembakan dan seorang daripadanya meninggal dunia sebaik tiba.
Bagaimanapun butiran lanjut mengenai kejadian di kawasan perumahan itu masih belum diperoleh.

Pusat mengundi berhampiran kawasan kediaman itu terpaksa ditutup termasuk sebuah sekolah, menurut laporan media tempatan. – WD MY