LONDON, 30 JUN – LAWATAN….. Putera William dan isteri, Kate bakal berkunjung ke Pakistan pada musim luruh ini bagi memenuhi permintaan Pejabat Hal Ehwal Luar Britain, kata Istana Kensington semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di London turut mengalu-alukan pengumuman itu.

“Kunjungan Diraja yang dijadualkan ini mencerminkan kepentingan United Kingdom (UK) dan hubungannya dengan Pakistan,” kata Mohammad Nafees Zakaria.

“Kedua-dua negara cukup menghargai hubungan bersejarah ini dan berhasrat untuk memperkukuhkannya lagi,” katanya. – WD MY