LONDON, 7 APRIL – ILMU…..Putera William, yang ditempatkan di bawah agensi keselamatan dan perisikan Britain M15, M16 dan GCHQ berjaya menamatkan sesi tiga minggu bersama agensi berkenaan, kata pejabat Istana hari ini.

William memulakan tugasnya di Secret Intelligence Service, dikenali sebagai MI6, diikuti perkhidmatan keselamatan MI5 selama seminggu dan diakhiri dengan GCHQ, yang mengumpulkan komunikasi dari seluruh dunia untuk mengenal pasti dan menangani ancaman ke atas Britain.

“Menghabiskan masa berada di dalam agensi keselamatan dan perisikan, memahami lebih banyak mengenai sumbangan penting yang diberikan kepada keselamatan negara kita, adalah pengalaman yang cukup berharga buat saya,” kata William yang turut digelar Duke of Cambridge. – WD MY