KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kekal Setia….. Pergerakan Puteri UMNO mengekalkan kesetiaan terhadap parti dengan memohon maaf kepada bekas Puteri dan ahli parti yang terasa hati di atas kekasaran menyuarakan syor keahlian automatik Puteri ketika ucapan dasar.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata demi terus memperjuangkan legasi pemerintahan UMNO, Puteri tidak pernah sesekali menidakkan segala jasa yang pernah ditaburkan oleh bekas ahli puteri kesayangan sebelum ini.

1Ketua Bahagian Masjid Tanah itu berkata, Puteri sedar dan menginsafi sekiranya bekas Puteri tidak membuka jalan kepada calon muda, Puteri tidak akan berdiri sekukuh dan sepadu seperti sekarang.

“Puteri berbangga apabila ramai antara bekas Puteri berjaya melakar jauh dalam kepimpinan wanita, malah ramai juga di barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

“Walaupun berlaku pertembungan antara harapan, kesetiaan dan penderhakaan, walaupun ada yang cuba berpaling tadah, ada yang ugut mengugut, ada juga yang 1merajuk, tidak kurang juga yang sabotaj …kami pilih untuk terus Setia.

“Dalam dewan ini juga turut pilih untuk setia. Ramai di luar dewan walaupun duduk bersila, entah dah makan entahkan tidak tetapi hadir untuk Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

“Yang penting mereka kakak-kakak wanita, adik-adik puteri tetap hadir dan Setia bersama parti dan presiden,” katanya ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016, hari ini. – WD MY