KUALA LUMPUR, 14 Nov – Elakkan Demostrasi……….Puteri UMNO menggesa orang ramai mengelak daripada melontarkan pandangan melalui sebarang bentuk himpunan yang boleh memberi tanggapan negatif pelbagai pihak, khususnya negara luar.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata perbezaan pandangan seharusnya diraikan melalui saluran yang diizinkan oleh perundangan negara.

KETUA Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

“Saya melihat bahawa negara ini adalah negara demokrasi, himpunan atau rusuhan adalah sesuatu yang tidak diperlukan.

“Dalam usaha kita meraikan pendapat berbeza, kita tidak perlukan perbuatan yang saya kira melanggar undang-undang.

“Sebarang perhimpunan walaupun dikatakan aman, namun ia masih memberi persepsi negatif dan tanggapan berbeza daripada pelbagai pihak,” katanya kepada pemberita pada program ASEAN Pink Dialogue 2016, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM), Datuk Seri Jamal Md Yunos, cedera di muka dan hidung selepas diserang dan ditumbuk di sebuah pusat beli-belah di Ampang, semalam.

Ia susulan kekecohan tercetus apabila Jamal bersama 150 pengikutnya dikatakan bertembung dengan kumpulan memakai baju kuning, dipercayai Bersih yang menyebarkan risalah dan maklumat berhubung himpunan BERSIH 5.0, Sabtu ini. – WD MY