GEORGETOWN, 29 Mac – Gemparkan…. Satu Fenomena belalai air yang dapat disaksikan di atas Jambatan Pulau Pinang di sini menarik perhatian pengguna laluan itu petang semalam.

Ia dikatakan berpunca daripada tiupan angin kuat di beberapa kawasan di Prai pada jam 6 petang.

Fenomena itu yang berlaku kira-kira lima minit menarik perhatian pengguna jalan raya sehingga ada motosikal dan kereta memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan untuk merakamkan kejadian itu memuat naik di laman sosial.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Nasrul, 30-an, berkata beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja apabila melihat pusaran angin seakan-akan puting beliung kecil berlaku di laut sebelum disusuli hujan lebat.

“Saya tergamam kerana pertama kali melihat fenomena berkenaan dan syukur ia hanya seketika sebelum hujan lebat,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya memberi amaran fenomena ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor Barat dan Sabah (Sandakan) yang mana ia dijangka berterusan sehingga malam ini.

Menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak mendekati kawasan pantai sepanjang fenomena itu, katanya.

Dalam perkembangan sama, beberapa kawasan di Butterworth dan Perai dan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat kira-kira jam 5 petang semalam. – WD MY