Qatar Bakal Bincang Dengan Amerika Syarikat

0
32

DOHA, 20 Jun – Bakal Kerjasama… Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, berkata beliau akan mengunjungi Amerika Syarikat minggu depan bagi membincangkan kesan perselisihan dengan negara Teluk terhadap ekonomi serta usaha menentang keganasan.

 Sheikh Mohammed berkata, Qatar bersedia untuk mengadakan dialog dengan negara-negara Teluk lain untuk menyelesaikan krisis itu.

Bagaimanapun, katanya, ia perlu dilakukan mengikut prinsip yang jelas, malah Doha percaya penyelesaian akan dicapai menerusi Kuwait yang dilantik sebagai orang tengah. – WD MY