DOHA, 24 Jun – Tuntutan…. Qatar ia sudah menerima senarai tuntutan dari negara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan media kerajaan.

Ia adalah kenyataan rasmi pertama negara Teluk sejak berita Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir membuat 13 tuntutan untuk menyambung semula hubungan dengan Qatar.

“Qatar mengumumkan penerimaan kertas berkenaan pada 22 Jun, yang mengandungi tuntutan negara terbabit dan Mesir,” demikian pernyataan dari Kementerian Luar Negara yang diterbitkan pada awal pagi ini.

“Qatar mengkaji kertas ini, tuntutan yang terkandung di dalamnya dan asas yang disandarkan, untuk menyediakan maklum balas yang sesuai.”

Antara isi tuntutan yang didedahkan kepada umum semalam termasuk permintaan untuk menutup stesen televisyen Al-Jazeera, sumber konflik antara Doha dan negara-negara jiran sejak sekian lama.

Ia turut mendesak Qatar memutuskan hubungan dengan kumpulan termasuk Ikhwanul Muslimin, organisasi Daesh, Al-Qaeda dan pergerakan Hezbollah yang disokong oleh Iran.

Doha juga dikehendaki menyerahkan tokoh pembangkang yang dikehendaki oleh tiga negara tetangga dan Mesir. – WD MY