KUALA LUMPUR, 1 Nov – Denda Kerana Terlibat…….. Mohd Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 selepas mengaku salah menganjurkan perhimpunan Blackout 505, tiga tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah mengenakan hukuman denda itu terhadap Mohd Rafizi; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; bekas Sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Kesemua tertuduh mengaku salah atas pertuduhan pilihan pindaan iaitu sebagai penganjur perhimpunan Blackout 505, gagal menyertakan salinan persetujuan pemilik Padang Merbok, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL 12 Jun 2013 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan itu kepada pegawai yang menjaga daerah polis Dang Wangi, iaitu Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara jam 2 dan 6 petang pada 22 Jun 2013. – WD MY