KUALA LUMPUR, 14 Nov – Tidak Terlepas……..Hukuman penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuktikan tiada pihak yang boleh bebas daripada tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata hukuman itu sangat tepat kerana Rafizi sedar beliau melanggar undang-undang yang serius ketika melakukan tindakan itu yang disifatkan sebagai aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR itu tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri.

Katanya, Rafizi terkenal sebagai seorang yang gemar memfitnah pihak lawan tanpa membuat kaji selidik selain gemar melanggar undang-undang negara.

“Rafizi sudah diberi amaran berulang-kali bahawa beliau akan melanggar Akta Rahsia Rasmi sekiranya mendedahkan mana-mana bahagian daripada laporan berkenaan, namun beliau memilih untuk meneruskan tindakan itu.

“Tiada negara akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya setiap orang dengan sengaja melanggar undang-undang dibebaskan begitu sahaja. Adakah Rafizi berfikir beliau bebas daripada tindakan undang-undang? Adakah beliau berfikir undang-udang hanya terpakai ke atas kawasan beliau dan bukannya ke atas beliau?,” katanya. – WD MY