KUALA LUMPUR, 24 Okt – Senarai Hitamkan….. Syarikat yang menyokong
perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan akan disenaraihitamkan
serta-merta daripada mendapat kontrak kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau akan mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk menyemak latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka.

“Masa untuk berlembut dan toleransi sudah berakhir. Syarikat yang membantu
gerakan menggugat keselamatan ekonomi negara akan saya pulau(kan),” kata Abdul
Rahman, yang bertanggungjawab ke atas EPU, dalam kenyataannya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan ‘Awang Selamat’ menerusi ruangan
pojok di Mingguan Malaysia hari ini supaya syarikat berkenaan disenaraihitamkan.

“Awang Selamat menulis mengenai ada syarikat-syarikat yang menaja
perhimpunan haram Bersih dengan tujuan menggulingkan kerajaan tetapi pada masa
sama syarikat ini mendapat kontrak kerajaan,” kata Abdul Rahman.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa syarikat berkenaan perlu disenaraihitamkan,” katanya.

Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
percaya banyak lagi syarikat lain yang mampu memberikan terma setanding
atau lebih baik kepada kerajaan jika diberi peluang mendapat kontrak. – WD MY