KUALA LUMPUR, 15 FEB – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan semangat cintakan Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi juga kepada seluruh rakyat, semoga sambutan diraikan dengan semangat persaudaraan selaku rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan terkini laman blog beliau sskeruak.blogspot.my

Beliau turut mengingatkan, asas kepada kemerdekaan Malaysia adalah menerusi persefahaman antara kaum yang terdiri daripada tiga bangsa iaitu Melayu, India dan Cina. Justeru, sempena Tahun Baharu Cina ini kaum Cina juga mempunyai hak ke atas negara ini seperti mana kaum Melayu dan selepas sekian lama, sambutan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali menjadi sambutan rakyat Malaysia.

“Ketika UMNO merundingkan kemerdekaan negara dengan British pada 1950-an, antara syarat yang diletakkan oleh British sebelum sebarang perbincangan diadakan ialah kaum Cina dan India mesti turut serta dalam perbincangan.

“Sehubungan itu, Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC ditubuhkan pada 1952,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa rundingan kemerdekaan bukan mudah dimana semua pihak yang terlibat telah mengembeling tenaga bersama dan terpaksa berkorban serta berkompromi dalam banyak perkara sehingga akhirnya persetujuan dicapai an pada Ogos 1957 kemerdekaan diisytiharkan. – MY WD