KUALA LUMPUR, 28 Dis – Toleransi…… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu seluruh rakyat mempertahankan semangat toleransi yang wujud di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jangan biarkan ada pihak di dalam mahupun di luar negara yang cuna mengganggu gugat toleransi yang sudah wujud ini.

Beliau berkata, toleransi beragama adalah tonggak keharmonian dan ia dapat diwujudkan dengan semua rakyat menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Kemananan bukan mudah dicipta dan keharmonian bukan satu yang mudah untuk dipertahan. Kita akan dapat rasa nikmat perpaduan dengan sesama kita memahami setiap kaum di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2016, di pusat beli belah Pavilion, di sini malam ini.

Ahmad Zahid turut menggingatkan bahawa salah faham antara ajaran keagamaan boleh mencetuskan fahaman ekstrem dan tindakan radikal dalam seruan keagamaan atau dakwah masing-masing.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kempen #SayangMalaysia diperkenal Kementerian Pelancongan adalah untuk menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada di Malaysia.

Malalui kempen #SayangMalaysiaini, rakyat serta pelancong luar negara boleh menyertai pertandingan foto kreatif dan video pendek di media sosial seperti di Instagram atau facebook,” katanya.

Bagi permulaan kempen ini, tema MyCuisine dipilih bagi bulan Januari dan Februari 2017. Seterusnya, beberapa tema lain sempena kempen #SayangMalaysia seperti MyDestination, MyCulture, MySports, MyEvents danMyFamilyFun.

Seramai kira-kira 2,000 hadir memeriahkan majlis itu dengan pelbagai acara menarik dan ceria berkonsepkan ‘fairy tales’ menampilkan watak kegemaran kanak-kanak disajikan kepada pengunjung bermula jam 2 petang.

Pengunjung yang membanjiri pentas utama di pusat beli belah itu turut terpesona dengan kemeriahan tema hiasan dalaman Pohon Krismas yang bertatah kristal Swarovski setinggi 23 meter. – WD MY