KUALA LUMPUR, 6 Nov – Berhati-hati….. Berita bahawa insiden pengeboman di Jakarta, Indonesia telah disahkan palsu, Kementerian Luar hari ini mengingatkan rakyat Malaysia di ibu kota itu supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan situasi di sana.

Wisma Putra dalam satu kenyataan turut meminta rakyat Malaysia supaya memantau dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.

“Mereka diminta untuk mendaftar diwww.kln.gov.my di bawah Online Services > e-Consular,” kata Wisma Putra.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan Konsular, diminta untuk menghubungi Kedutaan di Jakarta, di nombor telefon +62 21 522 4947 atau +62 813 8081 3036 (selepas waktu pejabat) serta emailmwjakarta@kln.gov.my dankonsular_jakarta@yahoo.com.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa berita serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta adalah palsu. – WD MY