BAGAN DATUK, 21 Jan – Kekal Sihat…..  Seluruh Rakyat Malaysia perlu sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan cergas dan sihat demi kejayaan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata bagi memastikan
rakyat sentiasa sihat maka setiap lapisan masyarakat perlu mengamalkan gaya
hidup sihat termasuk bersenam.

“Walaupun dah berusia 60 tahun tapi kena sentiasa pastikan diri sihat dan
cergas kerana umur hanya angka.

“Lebih-lebih lagi jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat iaitu 73
tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita, maka adalah penting untuk
mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan ‘Fit Perak @ Bagan Datuk’ di
sini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengarahkan Exco Belia, Sukan dan Sumber negeri
Datuk Shahrul Zaman Yahaya supaya menganjurkan ‘Fit Bagan Datuk’ setiap bulan
untuk memastikan penduduk Parlimen itu mengamalkan gaya hidup sihat. – WD MY