KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Selar Kepemimpinan Presiden MIC…….Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan hari ini menyelar kepemimpinan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang disifatkan gagal dalam mengetuai Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan, SITF parti itu setelah ia ditubuhkan sejak 6 tahun lalu.

Ramanan mendakwa, Presiden MIC sibuk berpolitik dan merancang untuk agenda peribadinya sehingga gagal menyelesaikan masalah kad pengenalan merah serta isu kewarganegaraan masyarakat India.

Menurut Ramanan, SITF adalah peluang yang diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada Subramaniam untuk membuktikan kualiti kepemimpinannya.

Namun, ia amat mengecewakan kerana ia mengabaikan nasib kira-kira seribu masyarakat India yang dilahirkan di negara ini.

Ujar Ramanan, ia amat memalukan kerana selepas 6 tahun barulah Subramaniam menyedari beliau gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Dan kini, beliau merayu Perdana Menteri untuk melakukan tugasnya pula dengan memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang lahir sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.

Persoalan yang dibangkitkan- apa yang dilakukan oleh Subramaniam selama 6 tahun?

Ia jelas menunjukkan Subramaniam bukan pemimpin yang berkaliber.

Subramaniam menurut Ramanan, sepatutnya boleh menyelesaikan isu berkenaan yang membelenggu masyarakat India.

Menurut Ramanan, dengan menganjurkan aktiviti pendaftaran kewarganegaraan di seluruh negara, Subramaniam telah membelanjakan peruntukan yang banyak dalam aktiviti berkenaan.

Malah dalam ucapan Perdana Menteri ketika sambutan ulang tahun ke-70 MIC, beliau menyatakan rasa sedih kerana MIC disifatkan parti yang berpecah belah dan wujudnya kemelut dalaman.

Perdana Menteri turut menyatakan hasrat untuk melihat MIC bersatu sebagai rakan komponen dalam BN yang mewakili majoriti masyarakat India dan bukannya bergelut dalam masalah perbalahan dalaman parti. – WD MY

LEAVE A REPLY