KOTA KINABALU, 25 Mei – Rampas Dadah…..Kastam Sabah merampas dadah jenis syabu seberat 6.2 kilogram bernilai kira kira RM3.85 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 21 Mei lalu.

Dadah terbabit ditemui dibungkus dengan plastik teh China dalam sebuah bagasi yang dibawa seorang lelaki berusia 34 tahun yang baru tiba dari Kuala Lumpur menaiki pesawat syarikat penerbangan tambang murah.

Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY