KUALA LUMPUR, APRIL 11: RANCANG….Pilihan Raya Umum ke 14 ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilhan Razaya pada 9 Mei 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta semua pengundi supaya merancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada PRU14 nanti

Najib mengingatkan mengundi adalah hak dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap rakyat Malaysia.

“Setiap satu undi saudara dan saudari semua adalah penentu kepada masa depan negara dan generasi akan datang,” katanya menerusi blog NajibRazak.com bertajuk ‘Kewajiban Pada Negara’, malam tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberitahu sekiranya berkelapangan bakal penggundi digalakkan mengambil tahu proses pengundian selain mengetahui etika mengundi.

“Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai kesemua ini, boleh kunjungi laman UndiNegaraku yang memperincikan persiapan sebelum dan pada hari pilihan raya, selain turut menjawab banyak soalan lazim yang mungkin timbul berkaitan pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, katanya rakyat juga boleh terus mengikuti laman blognya dan meneliti Manifesto BN yang telah dibentangkan dan menjanjikan pelbagai perkara yang akan dilaksanakan untuk bukan sahaja meneruskan kesinambungan kejayaan negara tetapi juga menjamin masa depan negara.

​​​​​SPR semalam mengumumkan hari pengundian bagi PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April dan tarikh pengundian awal pada 5 Mei. – MY WD