KUALA LUMPUR, 25 Sept – TIDAK TERBABIT….. Rapid KL Laluan Monorel tidak ada kaitan dengan program anjuran pertubuhan Who is Hussin, yang dipercayai dikelolakan oleh kumpulan pro Syiah dengan mengedarkan sumbangan donat percuma berdekatan sebuah stesennya, Sabtu lalu.

Rapid KL menegaskan aktiviti berkenaan tidak berlaku di stesen monorel Bukit Bintang tetapi ia dilakukan di luar stesen itu.

“Kami tiada kaitan dengan aktiviti kumpulan terbabit,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pihaknya menyedari keresahan masyarakat terhadap program berkenaan.

“Kami sudah membuat pemantauan berterusan berdasarkan aduan awam yang diterima melalui media sosial semalam,” katanya. – WD MY