KUALA LUMPUR, 22 Jan – Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan menyediakan perkhidmatan khas untuk kemudahan pengguna bersempena sambutan perayaan Thaipusam pada Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Encik Mohd Azam Omar berkata perkhidmatan bas yang disediakan ini adalah untuk memudahkan pengguna mengunjungi Batu Caves. Selain itu, untuk menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.

Sebanyak 17 bas disediakan untuk laluan dari Batu Caves ke Pasar Seni melalui Jalan Kuching dan sebanyak tiga bas untuk laluan dari Shell Batu Caves ke LRT Gombak melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2), masing-masing dengan kekerapan 15 minit dan 25 minit.

Masa perkhidmatan pula bermula daripada 5.30 pagi hingga 12.00 malam.

Manakala, waktu operasi untuk laluan bas lain dan perkhidmatan LRT serta Monorel berakhir seperti biasa. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY