KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ketua Pegawai Operasi Rapid KL Monorail, Mohd Ariffin
Idris berkata Rapid KL monorail menyasar 26 juta penumpang menggunakan
perkhidmatan itu menjelang akhir tahun ini bagi mencapai rancangan untuk enam tren
mengandungi empat koc mengadakan perkhidmatan menjelang akhir tahun.

Menurut beliau, tren pertama dan kedua mengandungi empat koc sudah pun memulakan
perkhidmatan sejak Disember tahun lepas.

“Tren ketiga empat kos dijadual memulakan perkhidmatan menjelang minggu
depan. Kita sedang menunggu lampu hijau (kelulusan) daripada Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Tren keempat akan memulakan perkhidmatan bulan depan,” kata beliau pada
sidang media di depot baru monorail di Brickfields, di sini.

Tambah Arrifin, tren kelima dan keenam mengandungi empat koc dijadual
memulakan perkhidmatan menjelang suku akhir tahun ini.

“Dengan adanya tren empat koc yang berkapasiti lebih besar, Rapid KL
Monorail dijangka boleh membawa lebih 70,000 penumpang sehari menjelang akhir
tahun ini.

Tren baharu empat koc itu lebih aerodinamik berbanding tren (model
sebelumnya) dan mempunyai skrin yang memaparkan maklumat dan destinasi. Ia akan
menggantikan tren lama yang mengandungi dua koc, katanya.

“Projek pembesaran tren juga melibatkan menaik taraf semua 11 stesen
monorail, kata beliau.

Dengan kapasiti maksimum 430 penumpang setiap tren berbanding 214 penumpang
oleh tren mengandungi dua koc, ia boleh menampung lebih banyak penumpang dan
penting semasa waktu puncak, katanya.-Faizal Dato Badarudin,Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY