KUALA LUMPUR, 21 Nov – Sempena menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang dijadual berlangsung mulai 8 Dis ini, satu raptai penuh berjalan lancar dan awal dilaksanakan di Plaza Merdeka pagi ini.

Menurut setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata segala persiapan berada
pada tahap 60 peratus termasuk bagi acara luar dewan seperti menaikkan bendera
Sang Saka Bangsa dan pemeriksaan perbarisan termasuk acara di dalam dewan.

“Segala persiapan adalah seperti biasa, sama seperti tahun lalu, cuma ada
penambaikan seperti iringan koir kombo UiTM untuk lagu patriotik dan lagu tema
UMNO,” katanya kepada media pada akhir raptai acara luar dewan di pekarangan
ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini
hari ini.

Raptai pagi ini disertai 300 anggota sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

Katanya tiada sebarang slot tambahan pada tahun ini untuk perbahasan.

“Kita jangkakan kira-kira 200,000 pengunjung termasuk perwakilan dari
seluruh negara menghadiri perhimpunan ini,” kata Ab Rauf.

Katanya tahun ini 300 sukarelawan UiTM juga akan membantu sepanjang lima
hari persidangan berlangsung.

“Secara keseluruhan raptai amat memuaskan,” katanya. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY