PETALING JAYA, 7 Dis – NOBAT……  Jannie Loudette Alipo-on, dari Filipina dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2017/2018 selepas mengetepikan 46 peserta lain pada pertandingan akhir malam tadi.

Wanita berusia 25 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada pemenang tahun lalu, Ariel Pearse dari New Zealand.

Jannie membawa pulang biasiswa bernilai RM60,000 daripada Limkokwing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan.

Selain gelaran utama, Maja Aleksandra, 17, dari Poland memenangi gelaran Miss Tourism Metropolitan International; Lois Merry Tengel, 20, dari Indonesia (Miss Tourism Cosmopolitan); Diana Hills, 20, dari Australia (Miss Tourism Global); Julia Do Vale Horta, 23, dari Brazil (Dreamgirl of the Year) dan peserta Thailand, Tamolrut Tanon, 20, dinobatkan sebagai Miss South East Asia.

Peserta Malaysia, Melissa Ng Sook Khuan, 24, memenangi gelaran Miss Glowing Glojas.

Pertandingan ratu cantik dengan tema ‘Menggalakkan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan’ itu adalah platform untuk mencari bakat antarabangsa bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020. – WD MY