KUALA LUMPUR, 12 Mac – Memorandum…. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima referendum rakyat – Protes Bazaar Ramadhan 2019 di luar perkarangan Parlimen.  

Referendum dari jawatankuasa Bertindak Bazaar Ramadhan 2019 mengesa Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad  mempertimbangkan semula dengan mengekalkan penganjuran Bazaar Ramadhan kepada Persatuan dan NGO.

Gesaan dibuat oleh jawatankuasa berkenaan kerana pihak DBKL sendiri mengakui tidak mampu melaksana dan mengawal selia modus operasi baik pengurusan, keselamatan dan kebersihan serta kelancaran operasi harian bazaar Ramadhan dimana hampir 70 bazaar Ramadhan dan lebih 6,000 tapak bazaar Ramadhan beroperasi di seluruh Kuala Lumpur.

Selaku penganjur ia termaktub kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL.

Antaranya, penganjur yang menganjurkan wajiblah dinilai dan disaring, diwajibkan menghantar laporan tahunan, hadir taklimat, menandatangani akujanji dan dikenakan deposit yang tinggi.

Gesaan dibuat kerana permohonan di dalam talian akan menyebabkan harga berlipat ganda apabila agen mengambil untung atas angin.

Menurut penganjur lagi, kebaikan mengekalkan cara secara penganjuran melalui persatuan atau NGO seperti memberi peluang kepada penduduk setempat dan tempatan untuk berniaga.

Bagi bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, beliau berharap pihak DBKL mempertimbangkan semula cara dan permohonan melalui atas talian serta memberi semula penganjuran bazaar Ramadhan kepada persatuan dan NGO melalui status Quo.