BEIRUT, 13 April – SERANGAN…. Tentera Syria mengosongkan bangunan pertahanan penting di Damsyik kerana bimbang menjadi sasaran serangan Barat sebagai tindak balas terhadap serangan kimia yang disyaki, kata badan pemantau semalam.

Amerika Syarikat (AS) dan Perancis sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas, selepas serangan kimia disyaki oleh rejim Syria terhadap kawasan pemberontak di Douma, Sabtu lalu.

“Bangunan Kementerian Pertahanan dan ibu pejabat tentera kosong selama dua hari,” kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Tentera rejim turut mengosongkan lapangan udara tentera serta pangkalan elit Divisyen Keempat dan Pengawal Republikan di luar ibu negara, kata badan itu lagi.

Namun, tiada pengesahan kerajaan Syria, setakat ini. – WD MY