KUALA LUMPUR, 22 Dis – Suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam
kejadian kebakaran enam buah kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya,
Petaling Jaya, semalam ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan
polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din suspek lelaki
yang berusia lingkungan 20-an itu, direman hari ini sehingga Jumaat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat
menggunakan api,” katanya ketika dihubungi media.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada masalah rumah tangga sepasang
suami isteri yang sedang dalam proses penceraian. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY