JOHOR BAHRU, 26 Mei – Reman Hari Ini….Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek ditahan kira-kira jam 10.50 pagi di Jalan Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Johor Bahru untuk siasatan lanjut. 

Katanya, turut dirampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim. 

“Pada Isnin lalu, kira-kira jam 10 pagi, satu laporan polis dibuat berhubung penghantaran mesej jelik dalam laman sosial Twitter bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor. 

“Suspek didapati memuatnaik mesej berkenaan menggunakan akaun Twitter bernama Keluang Man@The Keluang Man,” katanya hari ini. 

Wan Ahmad Najmuddin berkata, suspek akan direman pagi ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan. 

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya. 

“Polis Johor ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menghantar mesej jelik yang menyusahkan dan menyakiti orang,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY