PUTRAJAYA, 16 Ogos – Ditahan….. Seorang pengarah kanan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Majistret Isfahanie Tasnim Ab Rahman mengarahkan perintah reman itu terhadap suspek bergelar Datuk Seri itu bermula hari ini sehingga 21 Ogos depan.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan pada jam 3.07 petang di pejabatnya dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi. – WD MY

LEAVE A REPLY