Resolusi Sekatan Ke Atas Pyongyang Diluluskan PBB

0
56

NEW YORK (PBB), 12 Sept -SEKATAN…. Pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, sebulat suara mengguna pakai resolusi yang digubal Amerika Syarikat untuk menguatkuasa sekatan baharu ke atas Korea Utara berikutan ujian nuklear keenam dan terbesar yang dilancarkan, baru-baru ini.

Undian 15-0 yang mendapat sokongan China dan Russia bakal menyekat eksport tekstil dan mengehadkan penghantaran produk minyak ke Korea Utara. – WD MY