KUALA LUMPUR,JULAI 14: RESTORAN MAMAK….Dua persatuan pengusaha restoran mahu satu pertemuan diadakan de­ngan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkaitan harga makanan.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Prisma) berkata, pertemuan itu perlu bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Saifuddin bahawa kira-kira 30 peratus pemilik restoran masih belum menurunkan harga selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) berada pada kadar sifar.

Ini kerana menurut Presiden Presma, Ayoob Khan Muhamad Yakub, sehingga kini beliau ti­dak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pi­hak mengenai harga makanan yang dikatakan mahal di premis-premis kendalian ahli-ahlinya.

Malah katanya, semasa GST diperkenalkan, sebahagian besar pemilik restoran sanggup menanggung enam peratus cukai yang dikenakan kerajaan ke­rana tidak mahu membebankan pengguna.

“Kenyataan itu seolah­olah memberi gamba­ran­ ‘kurang sihat’ terha­dap golongan pemilik res­to­ran. Apakah kami sahaja yang berniaga,” katanyA.

Sementara itu Presiden Prisma, T. Muthusamy berkata, tidak sepatutnya ha­nya pengusaha restoran mamak dan India sahaja dipersalahkan memandangkan ter­dapat kedai makanan lain yang menjual makanan jauh lebih mahal.

“Saya juga khuatir bagaimana kementerian boleh mendapat ang­ka 30 peratus itu,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan kemungkinan wujud satu atau dua kes pemilik restoran menaikkan harga, namun angka 30 peratus itu seolah-olah memberi gambaran yang sangat banyak.-MY WD