GAZA,JUN 3:GAZA…Ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian sukarelawan perubatan wanita yang dibunuh Israel dalam keganasan di sempadan selatan Gaza, hari ini.

Razan al-Najjar, 21, adalah seorang sukarelawan untuk Kementerian Kesihatan di Gaza, beliau ditembak mati di bahagian dada berhampiran Khan Yunis, semalam.

Ramai kru ambulans dan perubatan hadir ke pengebumian beliau. Bapa Razan memegang jaket pasukan perubatan dengan kesan darah yang dipakai mangsa ketika ditembak. Mereka yang hadir ke pengebumian itu menuntut pembelaan terhadap kematiannya.

Penduduk Gaza melakukan tunjuk perasaan sejak 30 Mac lalu untuk menuntut tanah Palestin dikembalikan, selepas mereka menjadi pelarian akibat perang penubuhan Israel pada 1948. Kini, kawasan itu berada dalam negara Israel.-MY WD