ISTANBUL, 7 Dis – DEMOTRASI….. Ratusan orang menganjurkan tunjuk perasaan bising tetapi aman di luar konsulat Amerika Syarikat di Istanbul, semalam untuk membantah tindakan Trump mengiftiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kira-kira 1,500 orang berhimpun di luar kawasan yang dikawal rapi berhampiran Bosphorus dan kawasan itu ditutup penghadang polis.

Slogan ‘Bebaskan Palestin’ diconteng pada dinding konsulat dan ada penunjuk perasaan melontar botol plastik ke dalam kawasan bangunan itu. Sehelai kertas menyerupai bendera Israel turut dibakar.

Mereka melaungkan slogan seperti “Amerika Syarikat, keluar dari Asia Barat”, dan menggesa kumpulan Islam Palestin, Hamas supaya “menyerang Israel”.

“Baitulmaqdis untuk Muslim dan ia kekal selamanya,” kata penganjur. – WD MY