KUALA LUMPUR, 16 Nov – Diramal……… Ribut petir diramal berterusan hingga lewat pagi ini di perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web, berkata keadaan sama dijangkakan berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Reef South dan Layang-Layang.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j).

“Ia turut menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Dalam satu lagi kenyataan, MetMalaysia menjangkakan hujan berterusan hingga lewat petang ini di Kelantan dan Terengganu.

Di Daerah Hulu Selangor dan Gombak di Selangor; Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian di Johor serta Limbang, Miri dan Kapit di Sarawak pula, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan hingga lewat pagi ini. -WD MY