KUALA LUMPUR, 29 Julai – Lancar “Ride To Hajj 2016″…….. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan majlis dan pelepasan konvoi “Ride To Hajj 2016” di Lobi Aras 4, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ekspedisi Kembara Musafir Haji “Ride To Hajj 2016” merupakan aktiviti konvoi secara menunggang kapcai atau motosikal berkuasa rendah dari Malaysia ke Kota Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Ekspedisi ini disertai oleh lima orang yang diketuai bekas juara Kejohanan Malaysia Cub Prix dan merupakan legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid, 45 tahun serta empat rakan lain iaitu Meor Azhar Meor Raflan, Napiah Mat Noor, Othman Darus dan Azman Baharuddin.

Ekspedisi ini juga menjadi catatan sejarah Malaysia kerana mempunyai kumpulan “Ride To Hajj 2016” yang pertama menunggang kapcai lebih 10,000 kilometer merentasi lapan negara dengan anggaran 35 hingga 45 hari perjalanan ke Mekah.

Program ini mendapat tajaan lima buah motosikal Modenas GT128 edisi Harimau Malaya yang akan digunakan oleh kelima-lima peserta. – WD MY

LEAVE A REPLY