SINGAPURA,JUN 27:RINGGIT… Harga minyak mentah meningkat hari ini dipengaruhi oleh gangguan bekalan di Libya serta selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata semua negara patut menghentikan import minyak mentah Iran bermula November ini.

Niaga hadapan Brent berada pada AS$76.60 setong, naik 29 cents, atau 0.4 peratus daripada penutup akhirnya.

AS West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$70.79 setong, naik 26 cents, atau 0.3 peratus.

“Memandangkan konflik perdagangan itu dijangkakan akan mengambil masa yang panjang, kami menjangkakan ringgit didagangkan dalam aliran menurun,” katanya.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya didagangkan rendah berbanding mata wang utama yang lain, kecuali yen yang meningkat kepada 3.6598/6638 berbanding 3.6634/6681.

Berbanding dolar Singapura, ia susut kepada 2.9534/9581 daripada 2.9523/9569 dan berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.3229/3290 daripada 5.3198/3267.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.6892/6954 daripada 4.6881/6936.-MY WD